Wednesday, December 16, 2009

TAMATNYA KURSUS

alhamdulillah ari ni ari terakhir sy berkursus...moga-moga lepas ni blog sy lebih ceria dan mendapat manfaat daripada ilmu para pengajar, terima kasih pada semua pengajar blog utk 2 hari ni...dan kepada semua kawan yg sama-sama berkursus, selamat berblog sakan yer...

Tuesday, December 15, 2009

PENGEMIS OH PENGEMIS



Seorang wanita pertengahan 40-an sedang asyik menyusukan anaknya yang berusia kurang dua tahun. Di sisinya, kelihatan beberapa beg plastik yang mungkin menyimpan pelbagai barangan peribadi.Tanpa mempedulikan orang ramai yang lalu-lalang, wanita comot, berpakaian lusuh dan tidak terurus itu terus menadah tangan menagih simpati meminta dihulurkan wang. Sesekali renungan sayu wanita itu terganggu dek tangisan anaknya yang mungkin lapar atau kurang selesa dengan persekitaran.

Fenomena seperti itu mungkin bukan asing bagi warga kota, sebaliknya golongan pengemis, orang kurang siuman dan kutu rayau seolah-olah menjadi sebahagian daripada warna-warni di ibu kota. Antara tempat tumpuan golongan ini termasuklah sekitar kaki lima Jalan Masjid India, Jalan Tunku Abdul Rahman dan Chow Kit yang sememangnya disajikan pemandangan sebegitu sejak sekian lama. Selain kaki lima, jejantas yang menjadi laluan orang ramai turut menjadi tumpuan golongan ini.

Hanya dengan duduk di kaki lima jejantas sambil menadah bekas untuk diisi syiling, mereka dikatakan mampu meraih pendapatan sehingga RM100 sehari. Kegiatan itu bertambah rancak pada hujung minggu apabila kawasan sekitar menjadi tumpuan warga kota untuk membeli-belah. Mereka juga dikatakan bijak mengatur strategi dengan bertukar-tukar lokasi bagi mengelakkan kegiatan dikesan oleh pihak berkuasa.
Sampai bilakah fenomena ini harus berlaku di negara kita, adakah ini berlaku atas kesilapan kita sendiri yang mungkin terdapat sesetengah daripada kita yang terlalu prihatin pada nasib mereka dan dengan sewenang-wenangnya menghulurkan sedekah tiap kali melalui kawasan2 tersebut? fikirkanlah, walaupun niat kita murni tetapi ini mungkin mendatangkan keburukan dan menggalakkan lebih ramai lagi pengemis di negara kita ini.

RISAU


Masalah tanah runtuh semakin byk berlaku di kawasan bukit di tepi jalanraya di negara kita. Diantaranya di Kg Gesir Tengah dan Kg Sg Selisik di Hulu Bernam yang dikatakan hampir 3 tahun mengalami masalah tanah runtuh. Lebih-lebih lagi jalan tersebut adalah laluan utama bagi penduduk kampung berulang alik ke tempat kerja. Lebih membahayakan kawasan tanah runtuh tersebut terletak di selekoh jalan. Cuba kita bayangkan sekiranya kenderaan yang melalui kawasan tersebut ketika bertembung dengan lori atau kenderaan berat yang lain, cukup membahayakan terutama penduduk yang melalui jalan tersebut di waktu malam. Begitu juga bila hujan lebat dan mengakibatkan jalan licin dan berlumpur di kawasan tersebut. Apa yang dikesali penduduk, pihak PBT hanya sekadar menukar plastik 3 tahun sekali. Adakah ini langkah-langkah yang berkesan dan menjamin keselamatan penduduk? Tidakkah ada tindakan susulan yang paling rasional untuk mengatasi masalah ini?

GAMBAR PERKAHWINAN




Monday, December 14, 2009

JIMAT DAN PRAKTIKAL


Terjemahan penataan kediaman yang dihasilkan memberi gambaran keluasan yang maksimum dan mengekalkan ciri-ciri praktikal. Konsep hiasan sebegini ada kalanya sinonim dikaitkan dengan gaya industrial atau loft yang lebih ringkas, namun masih mampu memercikkan imej interior yang elegan. Di samping warna-warna asas lain, pemilihan rona putih juga sesuai dijadikan sebagai warna utama. Bagi menyemarakkan lagi gaya dekorasi, tambahkan keserian corak bunga-bungaan untuk memberikan karakter kepada ruang kediaman. Kebijaksanaan dalam membuat percaturan tata hias agar tidak kelihatan berserabut dan less is more adalah elemen yang perlu anda diterapkan.

Penggunaan konkrit tanpa kemasan cat merupakan ciri yang perlu ditonjolkan. Antaranya, ia boleh dijadikan elemen dekorasi di ruang taman seperti binaan pangkin, ruang dapur untuk binaan kaunter kerja atau di ruang dapur basah yang memerlukan ruang kerja tahan lasak, di ruang tamu sebagai rak televisyen binaan dalam ataupun di ruang bacaan sebagai rak penstoran buku-buku rujukan. Tidak salah sekiranya anda menggabungkan prinsip-prinsip rekaan Frank Lloyd Wright dengan konsep sebegini bagi menampilkan imej ruang yang lebih moden.
Asas rekaan yang menghubungkan semua ruang atau mempunyai aliran trafik secara langsung perlu diberi penumpuan. Elemen pencahayaan juga perlu diambil kira. Konsep rekaan sebegini kebiasaan menerima bantuan pencahayaan semula jadi lebih daripada 50%. Keterbukaan ruang adalah asas penting dalam memberi pencahayaan yang sempurna selain aliran udara segar. Pilihan perabot dan kelengkapan bergaya ringkas dapat membentuk penampilan ruang agar tampil menyerlah dengan identiti tersendiri.

AIR KISAR NENAS SERBET



BAHAN-BAHAN:

250 gm isi nanas
4 sudu besar sirap serbet (air gula dimasak bersama bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan cengkih)
1 cawan air
10 ketul ais


CARA MENYEDIAKAN:

1.Masukkan semua bahan di dalam pengisar dan kisar hingga menjadi halus.
2.Masukkan ke dalam gelas dan hias bersama anggerik, nanas dan lemon.

AAIN SELAMAT DIIJABKABUL DGN DATUK ARIF AMBROSE LEONARD NG




LAHIRNYA mereka sebagai pasangan kembar sudah cukup membuktikan betapa akrabnya pasangan kembar seiras, Nora'ashikin Rahmat (Ekin) dan Nora'ain Rahmat (Aain) ini.
Selama 30 tahun bersama sehinggalah pada hari pernikahan Aain, isteri kepada penyanyi terkenal, Mawi itu masih setia di sisi kembarnya, menemani sehinggalah selesai detik diijabkabulkan. Aain diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hati yang juga duda beranak tiga, Datuk Arif Ambrose Leonard Ng, 41, di Masjid Negeri, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor tepat pukul 12.30 tengah hari. Berwalikan bapanya, Rahmat Mohamad, 50, pasangan tersebut dinikahkan dengan mas kahwin RM300 oleh Pendaftar Kanak Nikah, Cerai dan Rujuk, Pejabat Agama Daerah Petaling, Muhamad Sujak Mohd. Dasuki, 39. Dengan sekali lafaz, Arif sah bergelar suami kepada Aain dan pasangan tersebut kelihatan berseri mengenakan pakaian sedondon putih daripada Cosry.